SYDNEY, 24 Julai – Peminat baharu Jelajah British & Irish Lions mungkin tertanya-tanya mengapa salah seorang pemain sentiasa dilihat membawa patung singa besar yang comel.
Jawapannya, itu adalah BIL, maskot rasmi Lions dan tanggungjawab menjaganya diberikan kepada pemain termuda pasukan. Tahun ini tanggungjawab itu dipegang Henry Pollock.
Tradisi tersebut bermula sejak 2013 apabila BIL diperkenalkan sebagai maskot baharu menggantikan ‘Leo’ yang telah 'bersara' selepas jelajah ke Afrika Selatan pada 2009.
Setiap kali hari perlawanan, maskot itu dibawa keluar bersama kapten pasukan. Namun, menjaga BIL bukanlah tugas yang mudah kerana sudah menjadi adat pemain senior untuk cuba ‘mencuri’ atau menyembunyikan maskot tersebut. Jika berjaya, pemain termuda akan dikenakan denda kerana gagal menjaga BIL dengan baik.
Walaupun Pollock mungkin pemain termuda dalam pasukan kali ini, patung singa itu bukanlah untuk tidur malamnya, tetapi lambang tradisi unik yang menceriakan setiap jelajah Lions.- REUTERS