WASHINGTON, 25 Julai – Venus Williams tersingkir di pusingan kedua Terbuka DC selepas tewas 2-6, 2-6 kepada pilihan kelima, Magdalena Frech dari Poland, hari ini.
Pemain berusia 45 tahun itu baru sahaja mencatat sejarah sebagai pemain tertua memenangi perlawanan perseorangan WTA Tour dalam tempoh 21 tahun. Williams, juara Grand Slam tujuh kali, kembali beraksi minggu ini selepas berehat sejak Mac 2024. Beliau bagaimanapun gagal memanfaatkan lima peluang break point ketika menentang Frech.
Magdalena Frech mara ke suku akhir bersama Leylah Fernandez dari Kanada yang mengejutkan pilihan utama, Jessica Pegula, dengan kemenangan 6-3, 1-6, 7-5.
Dalam aksi terdahulu, juara Terbuka AS 2021, Emma Raducanu dari Britain, menewaskan Naomi Osaka dari Jepun 6-4, 6-2.
Pertembungan sesama pemain Amerika menyaksikan Taylor Townsend menewaskan pilihan keenam, Sofia Kenin, 6-3, 6-0.-REUTERS