fb fb fb fb fb

Ter Stegen rehat 3 bulan selepas pembedahan belakang

FOTO AFP

BARCELONA, 25 Julai – Kapten Barcelona dan penjaga gol Jerman, Marc-André ter Stegen, akan berehat selama tiga bulan selepas menjalani pembedahan belakang, umum pemain berusia 33 tahun itu di Instagram.

Ter Stegen yang telah bersama Barcelona sejak 2014, pernah berehat tujuh bulan akibat kecederaan lutut tahun lalu yang memaksanya menjalani pembedahan sebelum kembali beraksi pada Mei. Dia juga pernah menjalani pembedahan belakang pada 2023 yang menyebabkannya tersisih lebih dua bulan.

“Kali ini, doktor menjangkakan tiga bulan diperlukan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang risiko,” katanya.

Barcelona sebelum ini telah menandatangani penjaga gol Joan Garcia dari Espanyol dengan nilai €25 juta (AS$28.75 juta) pada Jun, sementara Ter Stegen sebelum ini sudah berada di belakang Wojciech Szczesny dalam senarai pilihan utama selepas kembali daripada kecederaan.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE