fb fb fb fb fb

O'Connor ungguli peringkat ke-18 Tour de France

FOTO REUTERS

PARIS, 24 Julai – Pelumba Australia, Ben O’Connor, mencatat kemenangan bergaya pada peringkat ke-18 Tour de France selepas melakukan 'serangan' solo bertenaga di pendakian terkenal Col de la Loze, sekali gus meraih kemenangan peringkat keduanya dalam sejarah kejohanan.

Tadej Pogacar terus mempertahankan jersi kuning dengan cemerlang apabila menamatkan perlumbaan di tempat kedua, menjarakkan kedudukan keseluruhan kepada 4 minit 26 saat berbanding pencabar terdekat, Jonas Vingegaard.

Pasukan Visma-Lease a Bike tampil dengan strategi agresif, namun percubaan Vingegaard untuk menyerang gagal memberi impak apabila Pogacar mudah mengikut rentaknya dan malah melancarkan serangan balas pada 500 meter terakhir untuk menambah 11 saat lagi kelebihannya.

Sementara itu, pendakian panjang Col de la Madeleine dan Col de la Loze menyaksikan ramai pelumba ketinggalan, termasuk Einer Rubio yang tidak mampu mengekori serangan O’Connor 16 km sebelum garisan penamat.

Pelumba Jerman, Florian Lipowitz, kekal di tangga ketiga keseluruhan walaupun gagal menjarakkan diri daripada Oscar Onley pada pendakian terakhir, dengan kelebihan 22 saat menjelang peringkat gunung terakhir antara Albertville dan La Plagne.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE