fb fb fb fb fb

MASCA sasar satu perak di Hanoi

BUKIT JALIL, 20 April- Persatuan Kanu Malaysia (MASCA) optimis, atletnya mampu melepasi sasarkan satu pingat pada Sukan SEA Hanoi, Vietnam 2021.

Keyakinan ini disuarakan oleh Pengurus pasukan, Adam Aris selepas membuat perbandingan prestasi skuad negara dengan negara jiran di Kejohanan Pecut Kanu Asia 2022 baru-baru ini.

Jelas Adam, Khairul Naim Zainal diletakkan sebagai sasaran skuad untuk meraih Perak bagi acara acara K1 1000 meter.

Namun hasil bimbingan jurulatih dari Hungary, Laszlo Toth, prestasi atlet lain dilihat turut meningkat.

"Asia Tenggara ni kuasa besar dalam sukan kayak adalah Indonesia, Thailand dan juga Singapura.

"Jadi, penanda aras kita buat masa ini adalah Thailand yang mencatatkan 1 minit 50 saat, Indonesia buat 2 minit 4 saat, kami masih lagi dalam radar itu dan kita ada peluang," kata Adam.

Di Hanoi, Khairul turut bertanding dalam K2 1000 meter lelaki bersama Nik Afiq Nik Mazli.

Manakala pasangan adik beradik, Aimi Ayuni dan Aisyah Farhanah bertanding bagi acara K2 1000 meter dan K2 500 meter.

Bagi acara kanu, C2 1000 meter akan dibarisi oleh Ahmad Azfaruddi Lukman dan Syaful Epanday Hamdan.


(Pengurus Pasukan, Adam Aris)

Media Baharu