fb fb fb fb fb

Masa depan Mourinho di Roma jadi tanda tanya

(FOTO AFP)

MILAN, 2 Jun-Pengurus AS Roma, Jose Mourinho memberitahu para pemainnya agar tidak menangisi kekalahan pada final Piala Europa yang menyaksikan pasukan itu tewas pada penentuan penalti menentang Sevilla 4-1 pada Khamis.

Sebaliknya pengendali berbangsa Portugis itu memberitahu agar berbangga dengan perjalanan panjang yang ditempuhi pasukan itu sebelum mara ke final kejohanan.

Ucapan tersebut merupakan satu kebangaan buat kelab yang mempunyai bilangan peminat yang ramai dan mempunyai keghairahan terhadap bola sepak di Itali, namun, tidak memenangi banyak kejuaraan sejak ditubuhkan pada 1927.

Musim lalu, Roma berjaya memenangi Liga Koferensi Europa yang merupakan kejuaraan pertama buat kelab itu dan kelima sepanjang karier Mourinho.

Kemenangan itu memberi keyakinan kepada para penyokong kelab yang percaya mentaliti kemenangan boleh diterapkan kepada kelab tersebut.

Pada final Rabu lalu,Roma dan Mourinho dinafikan kejuaraan Eropah kedua selepas tewas pada penentuan penalti kepada Sevilla, namun ucapan Mourinho di padang selepas tamat perlawanan mencuri perhatian para penyokong.

"Kamu boleh tewas perlawanan, tetapi tidak sesekali maruah", kata Mourinho kepada pemberita.

"Kami tewas, tetapi kami tidak kehilangan maruah kami. Saya telah memenangi lima kejuaraan sebelum ini.

"Tetapi saya pulang dengan rasa sangat bangga hari ini", katanya.

Komen tersebut dipercayai ditujukan kepada pengadil perlawanan Anthony Taylor yang tidak menghadiahkan sepakan penalti pada separuh masa kedua buat AS Roma selepas bola dikatakan terkena tangan pemain Sevilla di dalam kotak penalti.

Sementara itu, kontrak pengendali berusia 60 tahun itu yang dijangka tamat musim depan kembali menjadi bualan hangat peminat.

Mourinho dilaporkan belum duduk semeja dengan jutawan dan pemilik, Dan Friedkin bagi membincangkan kontrak lanjutan, namun Mourinho pada Rabu membayangkan dia dan pasukannya berhak menerima sesuatu yang berharga membayangkan Mourinho sudah penat menjadi jurulatih sekali gus jurucakap kelab itu.

"Saya mahu lagi membimbing kelab ini dengan kemungkinan diberi sesuatu yang besar", tambah Mourinho.

Kata-kata tersebut seolah-olah memberi bayangan dia mahukan sokongan dan kewangan besar terutamanya dalam urusan pembelian pemain baharu bagi menandingi Juara Serie A musim ini Napoli.

Kekalahan kepada Sevilla pada Rabu lalu menyaksikan AS Roma tidak akan bersaing pada Liga Juara musim depan.-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu