fb fb fb fb fb

Belum masa jumpa Argentina, Brazil-Hamidin

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 2 Jun-Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mendedahkan skuad Harimau Malaya berpeluang mengadakan aksi persahabatan berdepan Brazil dan Argentina, pada akhir tahun lalu. 

Namun FAM serta ketua jurulatih, Kim Pan Gon berpendapat, belum tiba masanya skuad negara berdepan dua pasukan terbaik dunia dari benua Amerika Selatan itu.

" Pasukan Brazil "Kita dan Brazil sama-sama Ahli Majlis FIFA tetapi belum masanya lagi, mungkin apabila tiba masa yang tepat (baru kita adakan aksi persahabatan),"katanya selepas mengadakan pertemuan bersama pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, di sini pada Khamis.

Menurutnya, Argentina juga menyatakan hasrat untuk mengadakan pertemuan persahabatan, namun Pan Gon mahu memperkukuh pasukan negara terlebih dahulu.

Beliau mengulas demikian selepas ditanya mengenai pasukan Indonesia yang akan bertemu juara Piala Dunia 2022 Argentina pada aksi persahabatan yang akan berlangsung di Jakarta pada 19 Jun ini.


(Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin)

Media Baharu