fb fb fb fb fb

Marin Pilj tonggak import terakhir TFC

Pemain import baharu TFC, Marin Pilj / Foto FB footballclubterengganu

KUALA LUMPUR, 19 Mac - Pemain tengah dari Croatia, Marin Pilj diumum sebagai tonggak import terakhir pasukan Terengganu Football Club (TFC) musim ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd, Mohd Sabri Abas pemain berusia 27 tahun itu menjadi pilihan untuk berganding bersama Nurillo Tukhtasinov, Manuel Ott dan Akram Mahinan.

Beliau berkata kehadiran Pilj selama satu musim di Darul Iman adalah bagi mengisi kuota import bebas yang turut diisi oleh Ismaheel Akinade, Matthew Steenvorden dan Ivan Mamut.

Sementara itu Pilj yang bakal menyarung jersi nombor 60 berkata beliau akan berusaha keras untuk menyesuaikan diri dengan rakan sepasukan dan corak permainan di Liga Malaysia.

Beliau juga bertekad untuk mencipta nama dan rekod cemerlang dengan menghadiahkan piala untuk musim pertamanya bersama TFC.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD