RIYADH, 1 November- Jaringan separuh masa pertama oleh Marcos Leonardo memberikan Al Hilal kemenangan 1-0 ke atas Al Shabab di laman sendiri dalam aksi Liga Pro Saudi pada Jumaat.
Penyerang Brazil itu menerima hantaran daripada bek sayap Moteb Al-Harbi dan berjaya menemui sudut bawah jauh gawang dengan rembatan sentuhan pertama yang pantas.
Pasukan tuan rumah kemudian terpaksa menghabiskan baki 12 minit masa permainan normal dengan 10 pemain selepas Kalidou Koulibaly dilayangkan kad merah.
Kini, skuad kendalian Simone Inzaghi itu mengumpul 17 mata, hanya satu mata di belakang pendahulu liga, Al Nassr, yang akan beraksi pada hari Sabtu.
Sementara itu, Al Shabab kekal di tangga ke-13 dengan enam mata. -REUTERS