fb fb fb fb fb

Marc Guiu hero Barcelona, tewaskan Athletic 1-0

FOTO AFP

BARCELONA, 23 Oktober- Pemain muda, Marc Guiu menjadi penyelamat kepada kelab Barcelona selepas berjaya mencetak gol tunggal untuk pasukan itu ketika menentang Athletic Bilbao, awal pagi tadi.

Kemenangan 1-0 di stadium Lluís Companys Olympic itu hadir beberapa saat selepas kemasukan Guiu, 17, daripada bangku simpanan sekali gus membawa skuad Catalan naik ke tempat ketiga liga.

Babak pertama menyaksikan skuad kendalian Xavi Hernandez itu kerap menyerang, dengan percubaan Jaoa Felix pada minit ke-10 hanya singgah di palang.

Peluang Athletic hampir dijelmakan Inaki Williams pada minit ke-20 apabila dia melepaskan satu rembatan kencang, berjaya ditepis Marc ter Stegen.

Barca akan menentang pendahulu liga, Real Madrid pada Sabtu depan dalam Clasico, satu mata di belakang pesaing ketat mereka, dan Girona di tempat kedua, yang menewaskan Almeria 5-2 sebelum ini.

Guiu, menjadi pemain muda terbaharu membuat penampilan sulung untuk skuad The Catalan, dengan akademi terkemuka dunia itu akan terus menghasilkan permata.


(FOTO AFP)

"Dia telah berlatih bersama kami sepanjang musim, adalah penting bahawa setiap orang yang datang membawa sesuatu."

"Kami gembira untuknya, untuk gol, dan lebih-lebih lagi, untuk kemenangan," kata pertahanan Barcelona, Inigo Martinez kepada DAZN.

Pasukan Catalan bakal menerima kunjungan Shakhtar Donetsk dalam Liga Juara-Juara pada Rabu ini, sebelum mengalu-alukan saingan Madrid ke Montjuic.- AFP

 

Media Baharu