fb fb fb fb fb

Manfaat tuah tuan rumah, Malaysia buru kejuaraan dalam Piala BJK

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 12 Jun- Lebih 40 kakitangan dalam fasa bersiap siaga bagi memastikan kelancaran Kejohanan Tenis Piala Bilie Jean King (BJK), yang berlangsung Ahad ini.

Menurut Presiden Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM), Mirzan Tun Mahathir, acara berprestij itu turut mendapat sokongan penuh daripada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Tambahnya, selain aspek penganjuran, beliau berharap skuad negara dapat mempamerkan aksi cemerlang dalam edisi kali ini.

"Kita bakal mengetahui dua pasukan terbaik yang akan layak ke Kumpulan 1 Asia Oceania. Ia merupakan persaingan yang cukup sengit buat semua pasukan yang bertanding untuk merebut tempat ke peringkat seterusnya. Jadi, fokus kita adalah sepenuhnya kepada kejohanan kali ini.

Kami juga berbangga kerana diberi peluang sekali lagi untuk menjadi tuan rumah dan berharap agar pasukan tenis wanita negara dapat beraksi cemerlang serta mengharumkan nama Malaysia," kata Mirzan kepada pemberita.

Beliau ditemui pada sidang media Kejohanan Tennis Piala Billie Jean King (BJK) di Pusat Tennis Nasional di ibu negara.

Pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah kali kelima tahun ini merupakan satu penghormatan terbesar, sejak penganjuran sulungnya pada tahun 2019 di Kuala Lumpur.

Kejohanan tenis piala BJK akan berlangsung bermula Ahad ini, 15 Jun sehingga 21 Jun 2025 membabitkan lebih 200 pemain, jurulatih dan penyokong dari 10 negara yang bertanding.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM