fb fb fb fb fb

Inter Milan tiba di Los Angeles, Cristian Chivu mulakan tugas sebagai ketua jurulatih baharu

Pasukan Inter Milan tiba di Los Angeles/ REUTERS

LOS ANGELES, 13 Jun- Inter Milan tiba di Los Angeles pada Rabu bersama ketua jurulatih baharu, Cristian Chivu yang bersedia memimpin pasukan bagi kempen Piala Dunia Kelab (CWC) 2025.

Bekas pertahanan antarabangsa Romania itu, yang pernah beraksi bersama Nerazzurri selama enam musim dari 2007 hingga 2013, dilantik sebagai pengendali baharu kelab dengan kontrak dua tahun bermula Isnin lalu.

Chivu, pernah menjulang kejuaraan treble bersama Inter bawah kendalian Jose Mourinho pada tahun 2010, menggantikan Simone Inzaghi yang meletak jawatan selepas kekalahan memalukan 0-5 kepada Paris Saint-Germain dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara.

Inter dijadual memulakan kempen Piala Dunia Kelab menentang kelab Mexico, Monterrey di Stadium Rose Bowl pada Selasa (17 Jun).

Mereka turut akan menentang kelab dari Liga Jepun, Urawa Red Diamonds pada 21 Jun, sebelum melengkapkan aksi peringkat kumpulan menentang gergasi Argentina, River Plate.

Edisi sulung Piala Dunia Kelab melibatkan 32 pasukan itu akan membuka tirai secara rasmi pada Sabtu (14 Jun) dengan pertembungan antara Inter Miami dan kelab Mesir, Al Ahly di Stadium Hard Rock.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI