OSLO, 13 Jun- Jaguh lari berpagar Norway, Karsten Warholm mencipta sensasi apabila memecahkan rekod dunianya sendiri dalam acara 300 meter lari berpagar pada kejohanan Liga Berlian Oslo.
Warholm menewaskan pelari dari Amerika Syarikat, Rai Benjamin.
Dia menerima sorakan hebat penyokong tuan rumah, Juara Olimpik Tokyo 2020 itu menerima sorakan kuat daripada penyokong tuan rumah apabila cuba memintas pencabarnya Benjamin di selekoh terakhir — yang menewaskannya dalam acara akhir Olimpik tahun lalu di Paris — dan menamatkan perlumbaan dengan catatan luar biasa 32.67 saat.
Catatan tersebut memadamkan rekod terdahulu 33.05 saat yang turut dilakukannya pada April lalu.
Warholm meraikan kejayaan itu sebaik sahaja masa rekod baharunya dipaparkan di skrin Stadium Bislett.
Sementara itu Benjamin hanya berpuas hati apabila menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan masa 33.22 saat, manakala pelari Brazil, Alison dos Santos, di tempat ketiga dengan 33.38 saat.- REUTERS