fb fb fb fb fb

Manchester United bakal berentap dengan Barcelona

(Keputusan undian aksi playoff Liga Europa yang diadakan di Nyon, Switzerland/AFP)

NYON, SWITZERLAND, 7 November- Barcelona dan Manchester United akan bertemu pada aksi playoff saingan Liga Europa bagi merebut slot ke pusingan 16 terbaik.

Barcelona bertemu juara Liga Europa 2017 itu sebanyak dua kali pada final Liga Juara-Juara 2009 dan 2011 dan memenangi kedua-dua pertemuan itu.

United terpaksa bertemu Barcelona yang gagal meneruskan kemaraan dalam Liga Juara-Juara selepas sekadar menjadi naib juara kumpulan mereka di belakang satu lagi pasukan La Liga, Real Sociedad.

Lapan naib juara Liga Europa akan bertemu lapan pasukan di tempat ketiga Liga Juara-Juara dan pemenang pertembungan itu akan mara ke pusingan 16 terbaik.

Undian lain menyaksikan juara enam kali, Sevilla berdepan PSV Eindhoven manakala gergasi Itali, Juventus menentang Nantes sementara AS Roma bertemu RB Salzburg.

Aksi pertama akan berlangsung pada 16 Februari sementara aksi kedua pada 23 Februari. -REUTERS


(Piala Liga Europa/AFP)

 

Media Baharu