fb fb fb fb fb

Liverpool berpeluang tebus kekalahan Liga Juara-Juara di tangan Real Madrid

(Kertas undian yang memaparkan nama Liverpool FC ketika sesi undian
pusingan 16 terbaik di Nyon, Switzerland/AFP)


PARIS, 7 November- Liverpool berpeluang membalas dendam atas kekalahan pada aksi final Liga Juara-Juara Eropah musim lalu selepas diundi menentang penyandang juara, Real Madrid dalam pusingan 16 terbaik.

Dalam undian yang diadakan di Nyon, Switzerland, Paris Saint Germain (PSG) pula diundi bertemu Bayern Munich sekali gus mengulangi aksi final 2020 yang dimenangi pasukan dari Bundesliga itu.

Juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City akan berentap dengan RB Leipzig sementara juara 2021, Chelsea akan berdepan satu lagi wakil Bundesliga, Borussia Dortmund.

Tottenham yang mengungguli kumpulan mereka berdepan undian sukar menentang juara Itali, AC Milan.

Inter Milan bertemu Porto sementara Eintracht Frankfurt berdepan cabaran Napoli sementara Benfica diundi bersama Club Brugge.

Aksi timbal balik pertama akan berlangsung pada Februari sementara aksi kedua pada Mac.

Final edisi kali ini akan berlangsung di Istanbul pada 10 Jun, tahun depan. -AFP

(Duta Liga Juara-Juara, bekas pemain bola sepak Turki, Hamit Altintop menunjukkan slip kertas Liverpool FC
semasa undian pusingan 16 kejohanan bola sepak Liga Juara-Juara UEFA 2022-2023 di Nyon/AFP)

Media Baharu