MANCHESTER, 15 Julai-Manchester City telah menandatangani perjanjian baharu dengan Puma bagi melanjutkan perkongsian produk atau kit kelab tersebut.
Media Britain mendedahkan perjanjian tersebut bernilai sekitar 1 bilion pound ($1.35 bilion), menjadikannya perjanjian terbesar dalam Liga Perdana.
Kontrak baharu tersebut berlangsung sekurang-kurangnya 10 tahun, dengan pendapatan mencecah 100 juta pound setahun kepada kelab tersebut.
City sebelum ini menandatangani perjanjian 65 juta pound setahun dengan pengeluar kit Jerman itu pada 2019.
Perjanjian tersebut dijangka menjadi penanda aras baharu bagi kerjasama pengeluar kit dalam kalangan kelab bola sepak Inggeris, mengatasi kontrak Manchester United 900 juta pound dengan Adidas yang ditandatangani pada 2023.-REUTERS