fb fb fb fb fb

Manchester City galak berbelanja, buru kejuaraan EPL ketiga berturut-turut

LONDON, 31 Mei- Manchester City dikhabarkan telah menandatangani bintang liga Jerman, Erling Haaland selain turut mendapatkan khidmat Julian Alvarez dari River Plate untuk saingan musim depan.

Dengan sasaran kontrak pemain baharu tersebut, juara Liga Perdana Inggeris itu bakal memperkuat pasukan bagi mengekalkan takhta kejuaraan untuk kali ke-3 berturut-turut.

Perkara tersebut ditegaskan pengerusinya, Khaldoon Al Mubarak.

"Saya boleh sahkan ada lagi pemain akan datang. Kami mahu menguatkan pasukan di bahagian yang kami perlu kuatkan," kata Al Mubarak dalam laman sesawang pasukan.

"Seperti yang anda tahu, setiap musim sebahagian pemain akan meninggalkan pasukan dan kemudian kami perlu terus menguatkannya. Sekali lagi kami sentiasa cuba meningkat dan menguatkan pasukan.

The Citizens mencapai persetujuan untuk mendapatkan penyerang Norway, Haaland dari Borussia Dortmund pada 1 Julai dengan pemain berusia 21 tahun itu menjaringkan 86 gol dalam 89 perlawanan buat kelab Jerman itu.


(Bintang Norway, Erling Haaland bakal menguatkan jentera serangan
skuad The Citizens untuk saingan musim depan/REUTERS)

Pemain antarabangsa Argentina, Alvarez yang meledak enam gol buat River Plate pada saingan Copa Libertadores minggu lalu mengikat kontrak selama lima tahun setengah pada Januari dan bintang berusia 22 tahun itu kekal di Buenos Aires secara pinjaman hingga Julai.

"Saya rasa kami sudah membuat dua pembelian yang penting, tapi kami akan dapatkan beberapa lagi pemain. Kami akan melakukannya secepat mungkin tapi anda tahu bagaimana pasaran ketika ini, ia tidaklah semuanya dalam kawalan kami," tambahnya.- REUTERS

Media Baharu