fb fb fb fb fb

Man United ikat Onana

(FOTO AFP)

MANCHESTER, 21 Julai - Manchester United telah melengkapkan pembelian £47.2m (55m euro) bagi mendapatkan penjaga gol Andre Onana dari Inter Milan.

Onana telah bersetuju dengan perjanjian lima tahun bersama kelab Liga Perdana itu dan akan menggantikan David de Gea sebagai pemain nombor satu di Old Trafford.

United bersedia untuk membayar £44 juta awal untuk pemain berusia 27 tahun itu dengan tambahan £3.5 juta disebabkan prestasi.

(FOTO AFP)

"Menyertai Manchester United adalah satu penghormatan yang luar biasa. Saya telah bekerja keras sepanjang hidup saya untuk sampai ke saat ini, mengatasi banyak halangan di sepanjang jalan," kata Onana.

De Gea meninggalkan Red Devils awal bulan ini selepas 12 tahun di United.

"Berjalan keluar di Old Trafford untuk mempertahankan gol dan menyumbang kepada pasukan akan menjadi satu lagi pengalaman yang menakjubkan," tambah Onana.

“Ini adalah permulaan perjalanan baharu bagi saya, dengan rakan sepasukan baharu dan cita-cita baharu untuk diperjuangkan.

"Manchester United mempunyai sejarah panjang penjaga gol yang luar biasa, dan saya kini akan memberikan segala-galanya untuk mencipta legasi saya sendiri pada tahun-tahun akan datang," kata Onana.

Onana merupakan pemain kedua United yang menandatangani perjanjian selepas pemain tengah England, Mason Mount, tiba dari Chelsea pada awal Julai dengan bayaran awal £55 juta.-AFP

Media Baharu