fb fb fb fb fb

Maloney ingatkan anak buah untuk fokus, berdepan laluan sukar di Sukan Sea Hanoi

KUALA LUMPUR, 4 Mei- 24 pemain bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan disenarai untuk membawa cabaran negara memburu pingat emas pada temasya Sukan SEA Hanoi.

Bagaimanapun, menurut Ketua Jurulatihnya, Brad Maloney, daripada jumlah berkenaan, hanya 20 pemain didaftarkan pada Jumaat ini.

Antara yang yang tersenarai adalah dua penyerang muda, Luqman Hakim Shamsudin dan Hadi Fayyadh Abdul Razak manakala empat pemain akan terus kekal berada dalam senarai bersedia bagi menggantikan mana-mana pemain yang terpaksa digugurkan sepanjang saingan berlangsung.

Malaysia dijadual berdepan Thailand, Sabtu ini, sebelum menentang Laos (11 Mei), Singapura (14 Mei) dan Kemboja (16 Mei) dalam saingan Kumpulan B.

Semua perlawanan dijadual berlangsung di Stadium Thien Truong, Nam Dinh.


(Ketua Jurulatih B-23, Brad Maloney ditemui media semasa sesi latihan terakhir pasukan B-23 di ibu negara)

Sementara itu, Maloney memberi bayangan saingan Kumpulan B kali ini akan berlangsung dengan penuh cabaran dan kompetetif.

Ini kerana Malaysia akan berdepan Juara Piala AFF Suzuki 2021, Thailand dan pasukan yang sedang meningkat naik, Laos.

Untuk itu, beliau mengingatkan anak-anak buahya agar memberikan tumpuan sepenuhnya dalam setiap pertemuan.

"Tiada saingan yang mudah. Jelas sekali Thailand menguasai bola sepak Asia Tenggara. Kita juga berdepan kesukaran mengatasi Laos pada Piala AFF, mereka satu pasukan yang cukup mencabar. Jika kita dapat satukan pasukan untuk membuat persediaan dengan baik dalam tempoh beberapa hari, kita mampu beri saingan kompetitif," kata Maloney kepada media RTM semasa sesi latihan terakhir pasukan B-23 di ibu negara.

Media Baharu