fb fb fb fb fb

Malaysia Purple League (MPL) edisi kedua kembali, sasar penyertaan syarikat korporat dan agensi kerajaan

KUALA LUMPUR, 24 Jun - Kejohanan Malaysia Purple League (MPL) akan kembali dengan edisi kedua yang dikenali sebagai Biz Link Properties Purple League Corporate 2021/2022, susulan kejayaan pada edisi pertama Februari lalu.

Saingan berprestij arena badminton negara itu kali ini tampil dengan misi khusus iaitu menyasarkan penyertaan daripada syarikat-syarikat korporat dan agensi kerajaan.

Ketua Pegawai Operasi MPL, Ho Khek Mong berkata kejohanan edisi kedua itu mampu menjadi platform terbaik buat agensi kerajaan dan swasta bergerak secara aktif dalam sukan badminton.


(Ketua Pegawai Operasi MPL, Ho Khek Mong)

"Jadi kita akan jangka lebih banyak penyertaan dan segmen daripada pasukan sebab lepas musim pertama pasti semua dah ada pengalaman dan pasti semua pasukan akan lebih bersedia untuk perlawanan ini," kata beliau.

Kejohanan tersebut bakal berlangsung selama dua minggu dengan format liga sepusingan dari 6 hingga 14 Ogos.

Pusingan akhir pula akan berlangsung pada 20 dan 21 Ogos di One Badminton Academy di Kepong, Selangor.

Media Baharu