fb fb fb fb fb

Madrid jadi tuan rumah GP Sepanyol mulai 2026

Foto AFP

MADRID, 23 Januari- Madrid akan menjadi tuan rumah bagi Grand Prix Formula Satu (F1) Sepanyol dari 2026 hingga 2035 di satu litar baharu di sekitar pusat konvensyen IFEMA, timur laut ibu negara itu, umum penganjur sukan itu pada Selasa.

Sebelum ini, litar Catalunya di Barcelona menjadi hos untuk perlumbaan GP negara itu, namun mempunyai kontrak sehingga 2026 dan ke atas.

Bagaimanapun, litar itu tidak dimaklumkan tentang penggunaannya untuk masa depan.

"Litar baharu sepanjang 5.47 kilometer itu akan menampilkan 20 selekoh," kata penganjur Formula Satu dalam satu kenyataan.

Selain itu, ia akan mempunyai kapasiti untuk menerima lebih 110,000 penonton setiap hari, yang boleh meningkat kepada 140,000 pada separuh pertama perjanjian sekali gus menjadikan Madrid sebagai salah satu tempat terbesar dalam kalendar F1.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Formula Satu (F1), Stefano Domenicali berkata pengumuman hari ini memulakan babak baharu yang menarik untuk F1 di Sepanyol.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM