fb fb fb fb fb

Murilo Henrique sah sertai JDT

Murilo Henrique

JOHOR BAHRU, 24 Januari - Gergasi bola sepak negara, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan Murilo Henrique sebagai tonggak baharu mereka untuk menghadapi saingan Liga Super musim 2024/2025.

Pemain berusia 28 tahun itu dibawa masuk ke skuad Harimau Selatan selepas JDT mendapatkan dua pemain baharu sebelum ini iaitu Jalil Elias dan juga Chico Geraldes.

Manakala Fernando Forestieri mengambil keputusan untuk kekal berkhidmat buat JDT.

Pemain kelahiran Brazil itu merupakan bekas bintang pasukan kelab Finland, SJK Seinajoki yang boleh beraksi di posisi pertahanan kiri dan pemain tengah kiri.

Untuk rekod, Henrique telah mencatatkan dua gol serta 21 bantuan jaringan dalam keseluruhan 67 perlawanan bersama SJK Seinajoki.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN