fb fb fb fb fb

MABA tunai janji, sampaikan insentif lumayan buat skuad 5's negara

KUALA LUMPUR, 29 Mei- Janji ditepati.

Itu yang dilakukan Presiden Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA), Datuk Seri Lee Tian Hock apabila menyampaikan insentif kemenangan kepada skuad bola keranjang 5 sebelah wanita negara.

Pada majlis yang berlangsung di Wisma MABA itu setiap pemain menerima wang tunai RM10,000 manakala dua jurulatih masing-masing menerima RM15,000 selepas memenangi pingat gangsa di Sukan SEA Vietnam.

Datuk Seri Lee berharap insentif berkenaan dapat menyuntik semangat barisan pemain negara untuk terus bekerja keras terutama dalam persiapan menghadapi Sukan SEA Kemboja, tahun depan.

"Pada 1 Mei yang lalu, saya berjanji akan memberikan insentif kepada pemain, jika berjaya menang emas setiap seorang akan dapat RM50,000, perak RM20,000 dan gangsa RM10,000. Ketika itu sasaran kita adalah satu perak dan dua gangsa tetapi kita hanya dapat bawa pulang satu gangsa kali ini," katanya.


(Presiden Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA), Datuk Seri Lee Tian Hock)

Bagaimanapun, beliau tidak menganggap ia sebagai satu kegagalan kerana pemain telah menunjukkan persembahan yang baik.

Faktor fizikal katanya menjadi antara punca Malaysia terlepas sasaran yang ditetapkan menandangkan beberapa negara seperti Thailand, Vietnam, Filipina dan Indonesia menggunakan khidmat pemain naturalisasi.

Media Baharu