fb fb fb fb fb

Lukas Dauser julang gelaran dunia pertama pada usia 30 tahun

(FOTO AFP)

ANTWERP, 8 Oktober- Lukas Dauser dari Jerman menjulang gelaran dunia pertamanya apabila mengungguli aparatus palang sejajar dalam aksi Kejohanan Dunia pada Ahad.

Tanpa kelibat juara dunia tiga kali dan pemenang pingat emas Olimpik, Zou Jingyuan dari China, pada edisi kali ini, Dauser berksi cemerlang dengan meraih emas setelah sekadar pulang dengan kalungan pingat perak pada edisi lalu serta temasya Olimpik Tokyo.

Dauser, 30, mencatat 15.400 mata untuk menamatkan saingan di hadapan Shi Cong dari China (15.066) dengan pemain Jepun Kaito Sugimoto (15.000) meraih gangsa.-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu