fb fb fb fb fb

Sukan Asia Hangzhou, labuhkan tirai

HANGZHOU, 8 Oktober- Temasya sukan terbesar benua Asia selama lebih dua minggu pada Sukan Asia Hangzhou 2022 melabuhkan tirainya dalam upacara penuh warna warni di Stadium Olimpik Hangzhou.

Pertunjukkan selama 75 minit di stadium itu tertumpu kepada para atlet dalam misi untuk membawa nama negara dan mengejar impian dalam dunia sukan sejak perasmiannya pada 23 September lalu.

Lebih daripada 2,100 peserta membuat persembahan dalam upacara tersebut.

Persembahan pembukaan dengan tema ‘The tide of Qiantang River comes from heaven,’, acara perarakan atlet dan sukarelawan disambut dengan sorakan di satdium dikenali sebagai ‘The Big Lotus’.

Atlet karate negara, Muhammad Arif Afifudin Ab Malik, pemenang emas acara kumite bawah 80 kilogram diberi penghormatan sebagai Pembawa Jalur Gemilang dengan saiz kontinjen negara terdiri daripada 40 atlet daripada sukan karate, kabbadi, ju-jujitsu serta anggota sekretariat masuk ke stadium.

Malaysia diwakili 288 atlet dalam 22 daripada 40 jenis sukan dipertandingkan menamatkan cabaran dengan menduduki tangga ke-14 dengan mengumpul enam emas, 8 perak dan 18 gangsa untuk keseluruhan 32 pingat, melepasi sasaran 27 pingat.

Edisi ke-20 sukan asia akan berlangsung di Aichi-Nagoya, Jepun pada 2026.

(Sukan Asia Hangzhou 2022 di Stadium Olimpik Hangzhou)

Media Baharu