fb fb fb fb fb

LTdL 2025 buka tirai pagi ini

LTdL 2025 bermula di Pulau Langkawi membabitkan perlumbaan sejauh 96.7 kilometer. Foto Bernama

LANGKAWI, 28 September - Perlumbaan berprestij Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025 secara rasmi membuka tirainya hari ini.

Seramai 130 pelumba daripada 22 pasukan akan berentap pada peringkat pertama perlumbaan mengelilingi Pulau Langkawi sejauh 96.7 kilometer.

Perlumbaan akan bermula dan berakhir di Kuah, membabitkan tiga zon pecutan di Harbour Park, Bayas dan Padang Maksirat, diikuti satu zon pendakian kategori empat di Bukit Malut.

Acara pelepasan disempurnakan oleh Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Negeri Kedah, Datuk Mohd Salleh Saidin.

LTdL 2025 yang berstatus 2 ProSeries melibatkan lapan peringkat perlumbaan dengan jarak keseluruhan 1,244.2 kilometer.

JALALUDDIN BIN BAHARIN