fb fb fb fb fb

LTdL 2022: Pelumba UAE Emirates Team menang peringkat kedua perlumbaan

RAUB, 12 Oktober- Pelumba pasukan UAE Emirates Team, Juan Sebastian Molano memenangi perlumbaan peringkat kedua Le Tour de Langkawi (LTdL) PETRONAS 2022 dari Kuala Klawang, Negeri Sembilan ke Raub, Pahang.

Pelumba kelahiran Colombia itu menamatkan saingan sejauh 178.9 kilometer dengan catatan masa 4 jam 9 minit 20 saat.

Ia merupakan kemenangan ke-20 beliau dalam kariernya.

(Juan Sebastian Melano, Pelumba pasukan UAE Emirates Team)

Sementara itu, wakil pasukan ARA Pro Racing Sunshine Coast, Craig Wiggins berada di tempat kedua, manakala pemenang peringkat pertama semalam, Gleb Syritsa menduduki tangga ketiga.

Pelumba negara daripada pasukan Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff muncul sebagai pemenang jersi merah selepas memenangi kedua-dua zon pendakian hari ini.

Peringkat ketiga perlumbaan akan berlangsung esok dari Putrajaya ke Genting Highlands.

Media Baharu