fb fb fb fb fb

Loftus Cheek sedia galas tanggungjawab kapten AC Milan

Foto FB AC Milan

MILAN,12 Julai- Bekas pemain tengah Chelsea, Ruben Loftus-Cheek menyatakan kesediaannya untuk memainkan peranan kapten di kelab baharunya, AC Milan.

Pemain antarabangsa England berusia 27 tahun itu berpindah ke 'Rossoneri' selepas menghabiskan 19 tahun di Stamford Bridge, di mana dia memenangi Liga Perdana, Liga Europa dan Piala Super UEFA.

Loftus-Cheek membuat lebih 155 penampilan dan menjaringkan 13 gol, sebelum menandatangani perjanjian empat tahun dengan Milan.

"Saya faham beban jersi Milan dan tanggungjawab saya menyertai kelab ini.

“Saya mempunyai banyak pengalaman dalam bola sepak dan saya boleh menggunakannya. Saya berasa bersedia dan baik dari segi fizikal untuk menghasilkan persembahan untuk pasukan serta bersedia untuk menjadi pemimpin," kata Ruben Loftus-Cheek kepada pemberita.


(Foto FB AC Milan)

Loftus-Cheek dijangka akan bersatu semula dengan bekas rakan sepasukan Chelsea, Christian Pulisic di Milan dan dia berkata pemain Amerika itu akan menjadi "tambahan yang hebat".

Milan akan memulakan persiapan mereka untuk musim baru di Amerika Syarikat di mana mereka akan bermain perlawanan persahabatan menentang Real Madrid, Barcelona dan Juventus.- REUTERS

Media Baharu