fb fb fb fb fb

Tinju: Fury dan Ngannou bakal berentap pada Oktober

(FOTO REUTERS)

RIYADH, 12 Julai - Juara heavyweight WBC, Tyson Fury akan menentang bekas juara heavyweight UFC, Francis Ngannou menggunakan peraturan tinju profesional di Arab Saudi pada 28 Oktober depan.

Fury sebelum ini dijadualkan berdepan juara IBF, Oleksandr Usyk, pada Mac, namun pertemuan itu kemudian dibatalkan.

Petinju kelahiran Britain itu tidak bertarung sejak Disember tahun lalu selepas berjaya mengekalkan kejuaraan WBC dalam pertarungan 10 pusingan berdepan rakan senegara, Derek Chisora.

Fury yang kini berusia 34 tahun masih mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan WBC.

Ngannou melepaskan tali pinggang kejuaraan heavyweight selepas pertikaian kontrak bersama UFC yang kemudian menyaksikannya keluar sebagai ejen bebas pada Januari.


(Bekas juara heavyweight UFC, Francis Ngannou/ REUTERS)

Media Baharu