fb fb fb fb fb

Badminton Remaja Asia: Pemain perseorangan negara mara pusingan seterusnya

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 12 Julai -Pemain perseorangan wanita negara, Ong Xin Yee melangkah ke pusingan ketiga selepas mudah mengatasi Sreeyuktha Parol dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan keputusan 21-13, 21-14.

Turun selaku pilihan kelapan kejohanan, Xin Yee berjaya mempamerkan permainan bertenaga dan memaksa lawan mengikut rentak permainannya dalam kedua-dua set.

Xin Yee akan berdepan wakil Vietnam, Thi Anh Tran dalam aksi seterusnya.

Sementara itu seorang lagi pemain perseorangan wanita, Ung Yi Xing dipaksa bekerja keras sebelum menumpaskan wakil Singapura, Chia Xin Ying dengan keputusan 21-7, 18-21, 21-15.

Saingan lelaki pula menyaksikan, pemain perseorangan, Muhammad Faiq Haziq mara ke pusingan ketiga selepas menumbangkan pemain tuan rumah, Muhammad Zaki Ubaidillah 21-7, 21-19.

Pemain berusia 17 tahun itu akan berdepan Ramos Robert Ishmael dari Filipina yang sebelum itu menewaskan pemain Singapura, Justin Tay Ron Hsien 17-21, 21-14, 21-15.


(FOTO RTM)

Media Baharu