fb fb fb fb fb

Liverpool setuju beli Hugo Ekitike dari Frankfurt bernilai £79 juta pound

Foto Reuters

FRANKFURT, 21 Julai- Liverpool dilaporkan telah mencapai persetujuan untuk mendapatkan penyerang Eintracht Frankfurt, Hugo Ekitike, dengan nilai perpindahan sekitar £79 juta pound (RM641 juta), menurut laporan media Britain pada Isnin.

Pemain berusia 23 tahun itu turut dikaitkan dengan Newcastle United, namun Liverpool dilihat mendahului perlumbaan mendapatkan khidmat penyerang muda Perancis tersebut.

Ekitike menyertai Frankfurt dari Paris Saint-Germain (PSG) tahun lalu dan mencatat 22 gol dalam 48 penampilan musim lalu dalam semua kejohanan.

Perpindahan itu adalah sebahagian daripada perancangan agresif Liverpool dalam jendela perpindahan musim ini, selepas mereka menandatangani pemain pertahanan kiri Milos Kerkez dari Bournemouth, serta Jeremie Frimpong dan Florian Wirtz dari Bayer Leverkusen.

Wirtz, pemain tengah Jerman dilaporkan ditandatangani dengan nilai £100 juta pound, dengan tambahan sehingga £16 juta pound sebagai bonus berdasarkan prestasi. -REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM