fb fb fb fb fb

Allegri kembali pimpin AC Milan, tekad bawa semula ke Liga Juara-Juara

Foto FB AC Milan

SINGAPURA, 21 Julai- Massimiliano Allegri kembali sebagai ketua jurulatih AC Milan selepas prestasi buruk musim lalu menyaksikan kelab itu menamatkan saingan Serie A di tangga kelapan dan tewas di pentas akhir Coppa Italia.

Pelantikan semula Allegri diumumkan selepas Sergio Conceicao dipecat hanya selepas lima bulan menerajui kelab.

Allegri sebelum ini membimbing Milan dari 2010 hingga 2014 termasuk membawa kejayaan Scudetto pada musim pertamanya.

Allegri menyasarkan untuk mengembalikan Milan ke Liga Juara-Juara, menyifatkan ia sebagai keutamaan utama musim ini.

“Kami tidak akan toleh ke belakang. Fokus kami adalah masa depan,” katanya.

Pengendali berusia 57 tahun itu turut meletakkan harapan kepada pemain baharu, Luka Modric, yang dilihat mampu menjadi pemangkin kebangkitan Milan dengan pengalaman dan kepimpinannya.

Beliau mengakui banyak yang telah berubah sejak kali terakhir mengendalikan Milan, namun matlamat kekal sama, membawa kelab kembali ke pentas Eropah seiring status mereka sebagai juara Eropah tujuh kali. -AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM