fb fb fb fb fb

Liverpool kenang Diogo Jota dengan menang aksi pramusim

Pemain Liverpool Darwin Nunez meraikan gol dengan memperingati Diogo Jota - Foto AFP

PRESTON 13 Julai – Liverpool meraih kemenangan 3-1 ke atas pasukan Preston North End dalam aksi pramusim malam tadi, sambil memperingati pemergian tragis penyerang mereka, Diogo Jota.

Perlawanan tersebut berlangsung 10 hari selepas Jota dan adiknya, Andre Silva, terkorban dalam kemalangan jalan raya di Sepanyol pada 3 Julai lalu yang mengejutkan dunia bola sepak.

Connor Bradley membuka jaringan untuk Liverpool pada minit ke-33 separuh masa pertama dan kedudukan 1-0 kekal sehingga waktu rehat.

1407 SKN LIVERPOOL WIN FRIENDLY 1Darwin Nunez meraikan golnya dengan meniru gaya Diogo Jota - Foto AFP

Bersambung babak kedua, Darwin Nunez memanfaatkan kesilapan pertahanan Preston, Jordan Storey, bagi menggandakan kedudukan pada minit ke-53.

Liam Lindsay kemudian menjaringkan gol untuk Preston merapatkan kedudukan, namun Cody Gakpo memastikan kemenangan The Reds menerusi rembatan rendah yang tenang dari tengah kotak penalti pada minit ke-88.

1407 SKN LIVERPOOL WIN FRIENDLY 3Pemain bertafakur sebelum sepak mula aksi persahabatan Preston dan Liverpool - Foto AFP

Liverpool sebelum ini menangguhkan permulaan latihan pramusim mereka bagi memberi ruang kepada pemain menghadiri upacara pengebumian Jota di Portugal minggu lalu.

Sebagai penghormatan tertinggi, kelab turut mengumumkan bahawa jersi nombor 20 milik Jota tidak akan digunakan lagi sebagai langkah simbolik yang menunjukkan betapa besar pengaruh dan sumbangan beliau kepada pasukan.

1407 SKN LIVERPOOL WIN FRIENDLY 2Penyokong yang hadir turut memperingati Diogo Jota - Foto AFP

Ketua jurulatih Arne Slot berkata, bahawa kehilangan Jota amat dirasai seluruh pasukan, dan beliau telah menasihati pemain untuk meneladani semangat serta komitmen tinggi yang ditunjukkan Jota semasa hayatnya.

Beliau menyifatkan pemain berusia 28 tahun itu sebagai tonggak penting dalam kejayaan mereka menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim lalu dan pemain yang boleh diharapkan terutama ketika pasukan berdepan detik sukar. - REUTERS

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK