fb fb fb fb fb

Liverpool ekor rapat Manchester City

FOTO AFP

LONDON, 14 Februari- Liverpool terus mengekalkan aksi konsisten apabila meraih tiga mata penuh menentang Burnley.

Dalam perlawanan tersebut, Fabinho muncul wira The Reds ketika membantu pasukannya menang dengan keputusan 1-0.

Gol tunggal perlawanan itu hadir pada minit ke-40 selepas Fabinho memanfaatkan peluang di kawasan kotak pasukan lawan.

Kemenangan tersebut membolehkan Liverpool berada di tangga kedua liga dengan 54 mata selepas 24 perlawanan berlangsung.

Kini Liverpool dan pendahulu, Manchester City hanya dibezakan dengan kelebihan 9 mata.

Sebelum ini pengurus City, Pep Guardiola akui pasukannya tidak boleh leka andai tidak mahu dipintas oleh Liverpool pada musim ini. -AFP

Media Baharu