fb fb fb fb fb

Lima pemain baharu disenarai sertai kem latihan skuad B-23

FOTO FB FAM


KUALA LUMPUR, 1 Februari- Lima pemain baharu telah dipanggil bagi menyertai kem latihan pusat skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan, ia bertujuan memperkukuhkan Skuad negara dalam menghadapi Kejuaraan B-23 AFF 2022 di Phnom Penh, Kemboja dari 14 hingga 26 Februari ini.

Menurut FAM, tiga pemain yang berada dalam senarai sedia ada ialah K. Thivandaran, Muhammad Firdaus Kaironnisam dan Muhammad Najmuddin Akmal.

Mereka telah pun memulakan latihan bersama skuad B-23 kebangsaan pada 27 Januari lalu.

Manakala dua pemain baharu dari Negeri Sembilan FC, A. Selvan; serta N. Javabila-arivin menyertai pasukan bermula hari ini.

Sebelum ini, Maloney memanggil 30 pemain bagi menyertai kem latihan pusat bermula 27 Januari lalu bagi melakukan persiapan awal untuk menghadapi Kejuaraan B-23 AFF 2022.

Skuad B-23 negara dijadual berlepas ke Phnom Penh pada 12 Februari ini bagi menghadapi tiga perlawanan Kumpulan B iaitu menentang Myanmar pada 15 Februari sebelum berdepan Laos dan Indonesia pada 18 Februari dan 21 Februari.

Media Baharu