CHERAS, 27 November - Kuala Lumpur City FC mengakhiri kemarau kemenangan selepas lima perlawanan, apabila menewaskan Kelantan United FC 3-0, di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, di sini pada Ahad.
Pada perlawanan tersebut, The City Boys yang mendominasi perlawanan berjaya membuka jaringan pada minit ke-21 melalui Matko Zirdum.
Momentum itu diteruskan Paulo Josue Sturmer dos Reis yang berjaya mencetak jaringan kedua buat skuad kendalian Nenad Bacina, minit ke-68.
Pemain gantian, Kipre Tchetche menutup jaringan apabila menanduk masuk bola ke gawang hasil hantaran Sean Giannelli pada minit ke-78.
Kelantan United cuba menggandakan asakan, namun tidak membuahkan hasil.
Keputusan 3-0 kekal hingga wisel penamat.
Kemenangan itu menyaksikan KL City melonjak ke tangga ketujuh Liga dengan 34 mata untuk mengetepikan PDRM FC menerusi perbezaan gol.
Sementara itu, dalam satu lagi aksi di Stadium Bandaraya, George Town menyaksikan Penang FC berjaya memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri dengan menundukkan Sri Pahang FC 3-2.
Sri Pahang terlebih dahulu membuka jaringan minit ke-20 hasil ledakan Rafael Silva; sebelum Abdeen Abdul menyamakan kedudukan buat tuan rumah pada minit ke-26.
Namun Penang kembali menyamakan kedudukan menerusi Abdeen sekali lagi pada minit ke-64.
Izzat Zikri Iziruddin muncul wira Penang FC apabila menjaringkan gol kemenangan minit ke-70.