fb fb fb fb fb

Liga Super :Kedah masih cari keserasian

Ketua jurulatih Kedah FC, Nafuzi Zain / Foto RTM

KUALA NERUS, 20 April - Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman (KDA FC), Nafuzi Zain mengakui masih tercari-cari kombinasi terbaik melibatkan para pemainnya dalam kesebelasan utama menjelang perlawanan pertama Liga Super 2024 menentang PDRM, 11 Mei depan.

Pengendali berasal dari Kelantan itu mengakui masih terlalu awal untuk menilai kekuatan skuad kendaliannya, sebelum bermulanya sepak mula liga musim baharu.

Jelas Nafuzi, ketika ini barisan pemain skuad Kenari diminta untuk fokus dalam meningkatkan tahap kecergasan mereka.

Tambah Nafuzi, emua muka baharu termasuk pemain import dibawah skuad kendaliannya masih berada dalam proses mendapatkan keserasian dan persefahaman.

"Pada perlawanan pertama kita becampur-campur. Tiada barisan pemain yang muktamad. Setiap posisi mempunyai persaingan.

"Kita bersedia berdasarkan taktikal pasukan lawan. Tiada lagi kesebelasan utama. Kita masih mempunyai banyak perlawanan sebelum bermulanya liga", kata Nafuzi demikian elepas pada perlawanan kedua, Empat Penjuru bertemu Terengganu FC-TFC  di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, malam tadi (Jumaat) yang berkesudahan seri 1-1.

Pada perlawanan tersebut, penyerang tuan rumah, Ishameel Akinade terlebih dahulu membuka jaringan minit ke-48 selepas menyudahkan umpanan Akhyar Rashid.
 
Kedah menyamakan kedudukan menerusi tandukan Mohd Akmal Zahir hasil kesilapan penjaga gol TFC pada minit ke-58.
 

 

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD