fb fb fb fb fb

Liga Hoki TNB-QNET kembali selepas tertunda akibat COVID-19

Penganjur Liga Hoki TNB-QNET , S. Ganesh / Foto RTM

PETALING JAYA, 20 April -Selepas tertunda lima tahun akibat Covid-19, Liga Hoki TNB-QNET kembali dengan penyertaan 24 pasukan.

Penganjur kejohanan, S.Ganesh menambah edisi tahun ini turut mengembalikan kejohanan akar umbi kategori 12 dan 14 tahun.

Presidennya Ganesh Shanmugam berkata penajaan daripada syarikat jualan langsung global QNET itu

Tambah S.Ganesh, kejohanan berkenaan kekal menjadi kejohanan terkenal di Selangor biarpun jumlah penyertaan pasukan kurang sedikit tahun ini.

"Liga Hoki Selangor diadakan pada tahun 2019 dan tertangguh akibat COVID-19. Kita kembali anjurkan kejohanan ini untuk akar umbi pada tahun 2022/2023 Liga TNB untuk bawah 12 tahun dan 14 tahun.

"Jadi, sekarang kita lebih bersedialah dengan dorongan dari MHC kita akan lebih giat adakan Liga Hoki di Selangor", katanya yang ditemui selepas Majlis Pelancaran Liga Hoki TNB-QNET di sini.

Majlis pelancaran berkenaan turut dihadiri Presiden Persatuan Hoki Malaysia, Datuk Seri Subhan Kamal.

Kejohanan yang bermula hari ini dengan lapan pasukan lelaki di Divisyen 1.

10 pasukan pula di Divisyen 2 dan enam pasukan di Divisyen Wanita.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD