fb fb fb fb fb

Liga Super: JDT berpesta gol di Iskandar Puteri

Aksi pemain JDT, Arif Aiman ketika menentang Kedah Darul Aman FC malam tadi (Jumaat)/ Foto BERNAMA

JOHOR BAHARU,10 Ogos-Johor Darul Takzim (JDT) berpesta gol membelasah pasukan Kedah Darul Aman, 6-0 dalam aksi Liga Super 2024 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi(Jumaat).

Kemenangan itu menyaksikan JDT terus mendominasi puncak liga, sekali gus menjarakkan kedudukan dengan jurang mata ketara. 

Gol pertama JDT terhasil menerusi rembatan voli Bergson Da Silva sejurus menerima umpanan Heberty Fenandes, minit ke-8

Kedah hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-19, namun rembatan deras Amirul Hisham, tepat ke arah penjaga gol JDT, Syihan Hazmi. 

Pada Minit ke-35, tuan rumah menggandakan kedudukan menerusi Bergson Da Silva mudah mencuri bola yang gagal dikeluarkan pertahanan lawan, sebelum disempurnakan dengan rembatan lambung. 

Memasuki babak kedua,JDT lebih garang apabila Bergson Da Silva menjaringkan hatrik hasil gerakan lincah menewaskan tiga pertahanan Kedah, sebelum merembat masuk gol ketiga, minit ke-64.

Kedukaan pasukan pelawat ditambah apabila Feroz Baharudin turut mencetak jaringan pada minit ke-74, disusuli gol Murilo Henrique selang seminit kemudian, dan Afiq Fazail, minit ke-78. 

Sementara itu,Pengendali JDT, Hector Bidoglio menyifatkan kemenangan besar menewaskan Kedah sebagai suntikan motivasi buat para pemain, untuk kembali meneruskan rentak kemenangan. 

Ia sekaligus turut memastikan mental pasukan dalam keadaan terbaik, menjelang aksi Final Piala FA 2024, menentang Selangor FA, 24 Ogos nanti. 

"Saya gembira dengan aksi ditampilkan pasukan dan seluruh pemain.

"Keputusan ini penting untuk memberikan kita keyakinan menjelang aksi final Piala FA dan perlawanan seterusnya. Kita perlu fokus dan terus berkembang.

"Semua pemain juga perlu bekerja keras. Dalam bola sepak, kita perlu sentiasa fokus dan tidak boleh ambil mudah setiap perlawanan", katanya yang ditemui media sejurus tamat perlawanan.

Dalam pada itu, Ketua Jurulatih Kedah, Mohd Nafuzi Zain menyifatkan kekalahan itu tidak mencerminkan perestasi sebenar anak buahnya, yang d sudah beraksi dengan baik. 

Namun, tegas beliau, semua pemain perlu segera bangkit untuk beraksi lebih baik, dalam perlawanan seterusnya yang berlangsung dilaman sendiri. 

"Kita menentang JDT dua perlawanan terus-menerus.

"Memang tugas yang amat berat tetapi perlawanan seterusnya bermain dengan Negeri Sembilan, dan dari situ kita kena bangkit semula kita lupakan benda ini dan berwaspada dengan kesilapan kita untuk memperbaiki diperlawanan seterusnya dalam usaha mengutip mata di laman sendiri agar tidak terlalu jauh ketinggalan", katanya.

JDT kini kekal selaku pendahulu loga dengan 22 mata, manakala Kedah Darul Aman FC di tangga kelapan memungut tujuh mata.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD