fb fb fb fb fb

Liga super: Irfan Bakti dan Sulaiman Hussin lepaskan jawatan

(FOTO FB KUCHING CITY FC)

KUCHING, 18 Julai - Irfan Bakti hari ini secara rasminya meletakkan jawatan selaku pengendali Kuching City.

Turut melepaskan jawatan, penolong ketua jurulatih, Sulaiman Hussim.

(FOTO FB KUCHING CITY FC)

"Pihak Kuching City menghormati keputusan kedua-dua individu berkenaan," kata kelab itu menerusi kenyataan.

Irfan, 72 tahun menyertai Kuching City pada 2021 dan berjaya membawa pasukan itu menduduki tangga ketiga Liga Perdana musim lalu selain layak ke suku akhir Piala FA dan Piala Malaysia.

Namun, mereka mengalami kemerosotan prestasi musim ini dalam saingan Liga Super dengan hanya mencatatkan satu kemenangan, seri tiga kali dan 12 kali kekalahan.

Irfan merupakan jurulatih kelima yang meninggalkan pasukan liga super selepas Choi Moon Sik dan Frank Bernhardt (Kelantan FC), Tomas Trucha ( Kelantan United FC) dan Azzmi Aziz (PDRM FC).

Media Baharu