fb fb fb fb fb

Celtic kekalkan falsafah menyerang

(FOTO FB scotlandepistles)

YOKOHAMA, 18 Julai – Pengurus baharu Celtic, Brendan Rodgers yang kembali mengemudi pasukan berkenaan berjanji akan mengekalkan falsafah permainan menyerang yang diterapkan pengurus terdahulu, Ange Postecoglou.

Pengurus berasal dari Ireland Utara itu kembali ke pangkuan pasukan berkenaan selepas dipecat Leicester pada April lalu susulan prestasi hambar yang ditunjukkan pada Liga Perdana Inggeris musim lalu.

Rodgers menyifatkan kehadiran semula ke kelab berkenaan adalah sesuatu yang istimewa.

“Saya berharap suatu hari nanti, saya berpeluang kembali ke sini (Celtic). Namun, saya sangka begitu cepat daripada jangkaan. Saya bangga dan berasa istimewa dapat kembali dan berazam untuk mempunyai musim yang cemerlang bersama pasukan”, kata Rodgers.

(FOTO FB scotlandepistles)

Pasukan Celtic kini berada di Jepun bagi perlawanan pramusim dan bakal menentang kelab Yokohama F-Marinos yang dijadualkan esok.

Tambah Rodgers, dia akan melakukan sedikit perubahan taktik permainan Celtic.

Namun menegaskan falsafah permainan yang dimilikinya tidak jauh berbeza dengan Postecoglou.

“Di bahagian pertahanan pasukan, mereka sangat agresif dan teratur. Namun, cabarannya adalah apabila mereka mendapat bola. Bagaimana untuk mencipta dan menjaringkan gol," kata Rodgers.

Sebelum ini, Rodgers memenangi tujuh kejuaraan ketika bersama Celtic pada 2016 sehingga 2019 sebelum menyertai Leicester.-AFP

Media Baharu