BURAIDAH, 24 Oktober – Feras Al-Brikan muncul wira apabila jaringannya memastikan Al Ahli meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Al Najma dalam aksi Liga Pro Saudi di gelanggang lawan, malam tadi.
Gol tunggal perlawanan hadir pada minit ke-34 selepas Al-Brikan menyempurnakan peluang dalam kotak penalti.
Tuan rumah hampir menyamakan kedudukan sebelum rehat, namun tandukan Nasser Al-Haleel hasil sepakan percuma dibatalkan kerana offside.
Pada babak kedua, Al Ahli sekali lagi dikecewakan apabila jaringan Franck Kessie tidak disahkan selepas semakan mendapati berlaku offside dalam gerakan serangan tersebut.
Kemenangan itu menyaksikan Al Ahli kekal tanpa kalah dan naik ke tangga keempat liga dengan kutipan 12 mata hasil tiga kemenangan serta tiga keputusan seri.
Sementara itu, Al Najma terus bergelut di tangga tercorot selepas mencatat kekalahan keenam berturut-turut sejak permulaan musim. -REUTERS