fb fb fb fb fb

Liga Premier 2022: TFC II rampas status pendahulu, menang tipis menentang Kuching City

KUALA TERENGGANU, 2 Julai - Terengganu FC II melonjak ke tangga teratas liga selepas menewaskan Kuching City FC 1-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, dekat sini.

Kedua-dua pasukan bermula baik di separuh masa pertama, namun tiada jaringan dihasilkan.

Babak kedua, TFC II membuat pertukaran pemain dengan memasukkan Muhammad Safwan Mazlan bagi menggantikan pemain importnya Argzim Redzovic.

Keputusan itu nyata membuahkan hasil apabila pemain lincah itu menghadiahkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-78 menerusi sepakan percuma dari tengah padang.

(FOTO Facebook TFC II)

Keputusan kekal hingga akhir perlawanan.

Kini, TFC II mendahului Liga Premier dengan berkongsi 22 mata, manakala Kuching City pula di ke tangga keempat dengan mengutip 20 mata.

Media Baharu