fb fb fb fb fb

Liga Perdana :Manchester City semakin menekan Liverpool

Foto Reuters

BOURNEMOUTH, 25 Februari- Gol tunggal Phil Foden memastikan Manchester City menang 1-0 ke atas Bournemouth sekali gus merapatkan jurang kepada satu mata di belakang pendahulu liga, Liverpool pada Sabtu.

Jaringan Foden pada separuh masa pertama di Dean Court melebarkan kemenanagan ke-13 berturut-turut City dalam 14 perlawanan di semua pertandingan.

Meskipun, Manchester City tidak berada dalam keadaan terbaik, namun, mempamerkan keazaman yang diperlukan untuk meraih kemenangan penting.

"Phil Foden mempamerkan permainan bola sepak terbaik yang pernah saya lihat daripadanya.

"Semua orang memberikan sumbangan dan saya sangat gembira," kata Guardiola.

Guardiola turut melahirkan rasa kecewa tentang kesuntukan masa bagi menyiapkan pasukan susulan jadual pertandingan yang padat.

"Mereka (Bournemouth) mempunyai tujuh hari bagi persiapan perlawanan berbanding kami yang hanya mempunyai masa selama tiga hari sahaja.

"Terdapat pasukan yang tidak mempunyai masa berehat yang mencukupi.

"Secara jujurnya, sekiranya anda tidak mempunyai masa bagi berehat, para pemain akan berada dalam keadaan kurang cergas, anda tidak mampu harapkan sesuatu yang sempurna daripada mereka", tambah Guardiola.

Kemenangan tersebut meletakkan Manchester City di tangga kedua dengan 59 mata, manakala Bournemouth di tangga ke-14 dengan 28 mata.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD