fb fb fb fb fb

Bundesliga :Bayern Munich belum serah kalah - Kane

Foto Reuters

MUNICH, 25 Februari - Penyerang sensasi, Harry Kane berkata Bayern Munich belum mengangkat bendera putih, malah akan berjuang sehingga penghujung musim.

Kenyataan tersebut hadir sejurus penyerang berkenaan menjaringkan gol sekali gus membantu kelab gergasi Jerman berkenaan menang 2-1 terhadap RB Leipzig.

Kemenangan tersebut membantu Bayern merapatkan jurang kepada lapan mata di belakang pendahulu, Bayer Leverkusen dengan masing-masing masih mempunyai 11 baki perlawanan.

Peluang Bayern Munich bagi mempertahankan kejuaraan dilihat berada dalam keadaan bahaya sejak 2012 apabila mempamerkan aksi goyah dalam dua perlawanan sebelum ini.

Kelab itu pada Rabu lalu mengumumkan pengunduran jurulatih Thomas Tuchel daripada kelab berkenaan pada penghujung musim selepas tewas tiga perlawanan berturut-turut buat kali pertama sejak 2015.

Kane yang juga ketua pasukan England kini menjaringkan 27 gol dalam 23 perlawanan musim ini.

"Kami harus memberi tekanan terhadap Leverkusen. Kami harus sentiasa berusaha bagi memberi saingan.

"Ia adalah sesuatu yang bagus kerana dapat memenangi perlawanan dan kami berharap momentum kemenangan ini dapat berterusan", tambah Kane.

Sementara itu, Tuchel mengakui dia masih berharap untuk kekal di kelab berkenaan pada musim panas nanti, namun menegaskan tiada apa yang perlu dirisaukan para penyokong terhadap Harry Kane.

"Hari ini, Kane sangat tenang dan fokus. Seharusnya tiada apa yang perlu dirisaukan tentang Kane', kata Tuchel.

Bayern Munich perlu mengambil peluang bagi menterbalikkan keputusan ketika menentang Lazio pada pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara di laman sendiri selepas tewas 1-0 minggu lalu. -AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD