fb fb fb fb fb

Liga Perdana Inggeris, Newcastle United tewaskan MU, 2-0

Foto AFP

MANCHESTER, 31 Disember- Newcastle United melakar kemenangan keempat berturut-turut selepas cemerlang menumpaskan Manchester United 2-0 di tempat lawan, dalam saingan Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.

Saingan berlangsung di Old Trafford menyaksikan, pasukan pelawat tidak perlu menunggu lama untuk berada di depan selepas penyerang, Alexander Isak mudah menanduk masuk bola hantaran Anthony Gordon pada minit ke-4.

Asakan Newcastle yang menekan United dengan permainan menyerang kemudian berjaya menghasilkan gol kedua yang disudahkan pemain tengah, Joelinton.

Masuk babak kedua, 'Red Devils' memiliki peluang terbaik untuk merapatkan kedudukan, namun bola rembatan pemain pertahanan, Harry Maguire sekadar mengegar tiang gol Newcastle.

Tiada tambahan jaringan dapat dihasilkan sehingga tamat permainan.

Kemenangan membolehkan Newcastle memungut 32 mata untuk berada di kedudukan kelima liga.

Sementara itu, United menghuni kedudukan ke-14 dengan 22 mata, hanya tujuh mata daripada zon penyingkiran.- AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM