(Pemain pertahanan Liverpool, Stefan Bajcetic mengawal bola ketika perlawanan bola sepak
Liga Perdana Inggeris antara Liverpool dan Chelsea di Anfield, Liverpool/FOTO AFP)
LIVERPOOL, 22 Januari - Perlawanan Liverpool - Chelsea langsung tidak menunjukkan prestij kedua pasukan tersebut setelah hanya mampu seri tanpa jaringan dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung pagi tadi di Anfield.
Ia sekaligus menyaksikan mereka kini ketinggalan sembilan mata daripada slot Liga Juara-Juara musim hadapan.
Pengendali The Reds, Jurgen Klopp berkata meski beliau berpuas hati dengan aksi yang ditonjolkan anak buahnya, sesuatu harus dilakukan segera bagi mencipta kemenangan.
"Bagi saya adalah jelas dalam situasi ini kita perlu bersedia untuk langkah-langkah kecil. Saya jangkakan kemajuan dan sudah pasti ia amat penting untuk pasukan," katanya.
Sementara itu Pengurus Chelsea, Graham Potter turut gembira dengan prestasi pasukan, tenaga semangat dan disiplin yang ditunjukkan oleh pasukkannya.
Katanya, mengikat Liverpool di laman sendiri adalah sesuatu yang boleh dibanggakan.
(FOTO Facebook Liverpool)
"Tidak mudah untuk ke sini dengan kualiti Liverpool dan Anfield. Jadi kami mengambil mata dan menerima mata dan bergerak ke hadapan dengan cara yang positif," kata Potter.
Dalam perlawanan tersebut The Blues berjaya mendahului hasil jaringan Kai Havertz namun dibatalkan kerana offside.
Chelsea kekal di tangga ke-10 manakala The Reds melonjak ke tangga kelapan beza jaringan mengatasi Brentford. - AFP