fb fb fb fb fb

Ulasan Hoki Piala Dunia 2023: Laluan getir menanti The Speedy Tigers

KUALA LUMPUR, 22 Januari - Skuad hoki negara, The Speedy Tigers akan berdepan Sepanyol yang juga merupakan pasukan kelapan terbaik dunia pada 7 malam ini di Stadium Kalinga, Bhubaneswar, India.

Namun Malaysia dilihat mempunyai kelebihan untuk melakar kejutan menewaskan Sepanyol selepas mudah menewaskan Chile dan New Zealand sebelum ini.

Sekali gus menempah tiket ke perlawanan suku akhir Piala Dunia 2023.

Berdasarkan rekod pertemuan Malaysia menentang Sepanyol sebelum ini, The Speedy Tigers pernah tewas di tangan Sepanyol 3-4 pada 2019.

Namun itu semua tidak boleh dijadikan kayu ukur buat Malaysia dalam kejohanan ini.

Ini kerana pasukan Malaysia yang akan bermain di pusingan Crossover petang ini mempunyai barisan pemain yang baharu dan penuh motivasi.

Malaysia dilihat mempunyai penyerang muda lincah di bahagian tengah Shahmie Irfan Suhaimi disusuli dua pemain yang bijak menukat taktikal ketika menyerang Razie Rahim dan Norsyafiq Sumantri.

Pemain senior Meor Muhammad Azuan Hasaan yang sering membuat larian pantas juga dilihat sering membuatkan pertahanan lawan bocor.

Skuad Arul juga mempunyai pakar pukulan penalti dalam pembikinan Najmi Farizal Jazlan yang dilihat mampu merobek gawang pasukan di rangking ke-9 dunia itu.

Media Baharu