fb fb fb fb fb

Liga Perancis: PSG kekal rekod tanpa kalah

Pemain-pemain PSG meraikan selepas menjaringkan gol kedua mereka dalam perlawanan bola sepak Ligue 1 Perancis antara Paris Saint-Germain (PSG) dan Le Havre AC di Stadium Parc des Princes, Paris. /Foto AFP.

PARIS, 20 April-Paris Saint-Germain (PSG) semakin hampir untuk menamatkan liga tanpa sebarang kekalahan musim ini selepas menewaskan pasukan bergelut, Le Havre 2-1 pada Sabtu.

Desire Doue dan Goncalo Ramos menjaringkan gol untuk PSG pada separuh masa pertama dan kedua di Parc des Princes, ketika jurulatih Luis Enrique membuat pertukaran pemain dalam kesebelasan utama selepas perlawanan Liga Juara menentang Aston Villa minggu lepas.

Achraf Hakimi dan Bradley Barcola merupakan antara pemain yang dikekalkan dalam kesebelasan utama selepas kekalahan 3-2 kepada Aston Villa, yang menyaksikan PSG mara ke separuh akhir Liga Juara.

Doue meletakkan PSG di hadapan seawal minit ke-8, dan Ramos menggandakan kelebihan selepas rehat dengan jaringan ke-15 beliau musim ini.

Issa Soumare menjaringkan gol saguhati untuk Le Havre, namun kekalahan itu meletakkan mereka kekal dalam zon penyingkiran melalui perlawanan play-off.

Doue meletakkan PSG di hadapan seawal minit ke-8, dan Ramos menggandakan kelebihan selepas rehat dengan jaringan ke-15 beliau musim ini.

Issa Soumare menjaringkan gol saguhati untuk Le Havre, namun kekalahan itu meletakkan mereka kekal dalam zon penyingkiran melalui perlawanan play-off.

“Kami tahu perlawanan ini boleh menjadi sukar selepas perlawanan Liga Juara yang sangat meletihkan.

“Semua elemen menjadikan perlawanan ini sukar menentang pasukan yang memerlukan mata", kata Pengurus PSG, Luis Enrique.

Sementara itu, Marseille pula kembali menduduki tempat kedua dalam carta liga selepas membelasah Montpellier 5-1 hasil dua jaringan Mason Greenwood.

Pasukan kendalian Roberto De Zerbi itu berada di bawah tekanan selepas tewas lima daripada tujuh perlawanan terakhir yang mengancam peluang mereka ke Liga Juara-Juara.

Namun mereka tidak berdepan masalah besar ketika menentang Montpellier yang telah mengalami kekalahan buat kali 11 berturut-turut.

PSG sudahpun mengesahkan kejuaraan liga keempat berturut-turut sebelum perlawanan ini, dan kemenangan liga ke-10 berturut-turut itu menyaksikan mereka mengumpul 77 mata dengan baki lima perlawanan.-AFP.

Tiada pasukan pernah menamatkan keseluruhan musim dengan sebarang kekalahan.-AFP.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD