fb fb fb fb fb

Liga Perancis: Nice kekal rekod tanpa kalah

FOTO AFP

PARIS, 28 Oktober -Nice kembali merampas kedudukan peneraju Liga Perancis, apabila menang tipis 1-0 ke atas kelab bergelut Clermont Foot pada Jumaat.

Gol jaringan Hicham Boudaoui hadir pada minit ke-74 separuh masa kedua selepas dia yang tidak dikawal merembat tenang ke gawang gol Clermont yang dikawal oleh Mory Diaw.

Nice berpeluang menjaringkan gol sebelum separuh masa pertama selepas dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil susulan kekasaran oleh pemain Clermont, Alidu Seidu ke atas Hicam Boudaoui.

Malangnya, sepakan yang diambil Gaetan Labaord melambung tinggi melepasi palang, menjadikan kedudukan seri 0-0 pada separuh masa pertama.

Keputusan tersebut meletakkan Nice di tangga pertama liga dengan mengutip 22 mata, dua mata mengatasi AS Monaco yang bakal melayani Lille pada Ahad ini.

Nice yang dibimbing Francesco Farioli kini mengekalkan rekod tanpa kalah dan tidak dibolosi sepanjang tujuh perlawanan berturut-turut-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD